try tengok :)

11/03/2015

Tips Kurus Yang Best dan Senang

Asalamualaikum...

Sekarang ni CA agak berisi after miscarriage dulu..Jadi, CA dah mula start diet. Diet CA dengan makanan seimbang ye..bukan tak makan. CA takmau menyiksakan diri. hehe.

Walaupun CA dok masak2, tapi semua tu untuk suami dan juga untuk keluarga. Kdg2 CA makan jugak tapi dalam kuantiti yang sedikit. Kgd2 nak makan banyak jugak tapiiiii cepat2 marah diri sendiri. Cakap kat diri sendiri nak gemok ke? Nanti orang pandang rendah tau. Mengata2 pulak tu. CA rimasssssss....kalau jenis orang tu buat tak endah je takpe, tapi CA ni jenis segan. So CA pun start lah diet. diet ni pun untuk sihat bukan untuk cantek aje..sbb keturunan CA ade kencing manis. So kena berjaga2 lah.

.............................................................................

Mula2 tudia...punyalah susah. yela, sbb hari2 makan tak ingat dunia. Tapi CA gagahkan juga. Sebelum mula CA sediakan dulu apa yang perlu untuk seminggu.


Menu

Pagi: 2 keping roti whole bread, telur hancur, air teh tanpa gula. Green tea lagi bagus.

Tengahari : Nasi segenggam, sup ayam, telur rebus, sayur sawi/kerot/brokoli

Petang : Green tea

Sebelum malam : Chicken grilled @ sup ayam.


     
Ehsan dari encek Google. mekaseyy 


Hari2 seterusnya CA ulang..tapi pelbagaikan menu supaya tak jemu, sebulan CA turun 6kg. Nak kena turun lagi ni. hehe...Doakan CA ye.. InsyaAllah bila dah bersedia dan btl2 kurus, CA akan share gmba CA. :p

Jangan lupa air masak 3L perday ye..itu yg paaaaling penting dan kalau ada masa, buat senaman yang simple2 atau ikut korang lah kalau nk pegi gym pun. Selamat mencuba...




Sekadar gambar hiasan

Hashtag :

Korang boleh usha blog/insta Kevin Zahri nuh. Mmg Thorbaekkkk...

Blogger Kegemaran? Hurmm...siapa ya?

Asalamualaikum...

CA tak kerja harini..Jadi sambil2 basuh baju, kita updatelah blog..hehe..

Blogger Favorite?

CA mmg suka sgt kat CikEpal..hari2 (tipu) stalk blog dia..hehe, Then, CA hari2 tgk NameeRoslan punya blog jugak..Bkn sbb diorang ni cantekk (mmg cantek ponn) tapi suka dengan lifestyle mereka..

Wahai CikEpal and Namee..im your huge fan! hehe








Sorry CikEpal and Namee, pegi curi gambar korang. Sapa suruh cantik sgt kan? hiihiii

Aglio Olio Tersedap di dunia..Sumpah!

Asalamualaikum...

Actually CA nak share yang CA masak lepas2..so CA mungkin update banyak harini tentang resepi2 CA..CA punya masakan semua simple2 sbb tak suka complicated nih. Pening kepala nanti dok pk barang2 apa yang tak ada. Lagi 1, Jimat!



Aglio Olio 


BAHAN2

Spaggheti (Cap apa pun ikut suka)
Isi ketam
sosej
(atau korang nk letak ayam ke daging ke lala ke udang ke terpulang)
1 ketul bawang putih
serbuk lada hitam
lada sulah
2 cili padi (tumbuk)


CARA2: Rebus spageti sampai lembut. Sambil tu tumis bawang putih sampai bawang layu sikit, kemudian masukkan cili padi yang ditumbuk halus. pastu masukkan lah bahan2 yang korang sediakan. CA masukkan sosej dgn isi ketam sbb ini je yang ade dalam peti ais..x shopping lagi barang dapur..hikhik pastu sambil2 kacau masukkan lada hitam dan lada sulah...lps masukkan rasa tau..jangan sampai terlajak letak lada hitam tu. pastu masukkan spageti. kacau2 sekejap, season to taste then SIAP! 


Sonang jer.......

Yong tau fu sedap giler sampai menangis

Asalamualaikumm..


Cis, tajuk nak gempaq ja kan. Okey meh CA nak share resepi yong tau fu buatan sendiri di rumah. Senang ja tau dan boleh makan ramai2, jimatttt sgt2.


Tadaa.....




CA buat kuah je..bahan2 lain tu pandai sungguh kalau CA buat kan..hehe..beli kat supermarket je..fishball, sosej, isi ketam, kangkung dan byk lagi. Pastu celur dalam air panas..dan potong kecik2..


KUAH HITAM

2 sb tepung gandum
2 sb tepung jagung
3 sb sos tiram
3 sb kicap pekat
2 sb taucu
1 sb sos cili kimball
4 cawan air (ikut kepekatan yang anda mahu)

CARA2: Semua bahan2 di atas blend sampai hancur. Lps tu kacau pelan2 atas api yang kecil. Season to taste. SIAP! haa nampak tak..senang sungguh.

Oh yaa...CA tak buat kuah merah sbb CA lupa yang cili kering tak ada..da habess..lupa nak beli..so utk pedas, CA amik cili api 2 ketul tumbuk2 sampai lumat dan masukkan ke dalam kuah hitam td..kemudian tabur kacang tumbuk..SIAP! nyummmmmmmmmmmmmmmmmm.........


Selamat mencuba :) 

10/03/2015

Ooo Mmmm Ggggg



At 2am, CA is craving for this!


Pasta Goreng Simple






Ummm..dapnyerrrr


Ni namanya Pasta goreng sesuka hati..but yum! sesuka hati sbb suka hati je nak tambah apa2 side food contohnya ayam, sosej, carrot, cauliflower, brokoli dan sbg nya. Hehe

BAHAN-BAHAN

2 Bawang putih
ikan bilis (sikit)
Cili kisar
Ayam sosej, sayur2an, or apa2 yang anda nak tmbh spt fishball, fishcake etc
Italian Pasta
kicap
sos tiram
garam 
gula


CARA MEMASAK

Step pertama, rebus pasta sampai empuk dan toskan. Kemudian, tumbuk bawang putih bersama ikan bilis dan tumis bersama minyak yang sudah panas di kuali, Apabila agak kekuningan tapi jangan garing sgt tau, masukkan cili kisar tadi..masak cili bagi lama sikit. Boleh tambah air kalau dah kering sgt. Dah agak lama, cili pun dah bertukar kaler merah gelap, boleh masukkan sos tiram, kicap, gula dan garam. Lps tu masukkan bahan2 spt ayam dan lain2 dan akhir sekali pasta. Season to taste, terus tutup api dan angkat pasta ke dalam mangkuk utk elak pasta terlebih masak. Pasta td kan dah di rebus. SIAP!


Nyum2.....




09/03/2015

Resepi Chicken Chop Mudah

Asalamualaikum..

Harini Cik Ayu rajin sikit..CA buatkan chicken chop buat suami. Andddd.....he loves it! sampai licin..hehe
Senang je..pejam mata pun boleh siap (ok tipu)

So di bawah adalah steps die..

AYAM

1. Isi ayam yang dibuang tulang
2. Telur
3. Tepung gandum sesenduk dan tepung jagung sesenduk (Campurkan)
4. Garam

CARA2: Isi ayam tu basuh dulu, rendam dengan tepung/asam keping atau cuka utk hilangkan hanyir/bau. kemudian, basuh beberapa kali dan toskan. Sementara tos, pecahkan telur dalam mangkuk dan gaul dgn secubit garam then rendamkan isi ayam. Lastly, lulurkan tepung pada isi ayam dan goreng.  SIAP!


KUAH

Yang ni CA guna sos spageeti preggo je yang mushroom..hehe sbb suami CA x suka sgt black pepper. Just panaskan kuah tu. SIAP!


MASHED POTATO

1. 2 biji kentang besar
2. Susu cair (CA guna low fat milk goodday)
3. Lada hitam
4. Lada sulah
5. Kiub ayam 1 jer
6. Bawang merah dan bawang putih 2 bijik
7. 2SB Tepung jagung

CARA2: Kentang dikupas dan di masak sehingga lembut. kemudian toskan. Lenyekkan dan campur bersama lada hitam, lada sulah dan susu sikit demi sikit ye. SIAP! Pastu kuahnye, tumbuk 2 bwg merah dan 2 bawang putih, tumis dgn minyak masak atau butter kalau nk lagi lemak la..lps dah kuning keemasan, masukkan air, kiub ayam, lada sulah, lada hitam, Akhir sekali masukkan tepung jagung yang dah di kacau dengan air. kacau2 atas api and season to taste. SIAP!


KENTANG GORENG

Yang ni beli yang dah siap jerrrr. Sonang


Tadaaaaaaaa...................





nyum2