try tengok :)

11/03/2015

Yong tau fu sedap giler sampai menangis

Asalamualaikumm..


Cis, tajuk nak gempaq ja kan. Okey meh CA nak share resepi yong tau fu buatan sendiri di rumah. Senang ja tau dan boleh makan ramai2, jimatttt sgt2.


Tadaa.....




CA buat kuah je..bahan2 lain tu pandai sungguh kalau CA buat kan..hehe..beli kat supermarket je..fishball, sosej, isi ketam, kangkung dan byk lagi. Pastu celur dalam air panas..dan potong kecik2..


KUAH HITAM

2 sb tepung gandum
2 sb tepung jagung
3 sb sos tiram
3 sb kicap pekat
2 sb taucu
1 sb sos cili kimball
4 cawan air (ikut kepekatan yang anda mahu)

CARA2: Semua bahan2 di atas blend sampai hancur. Lps tu kacau pelan2 atas api yang kecil. Season to taste. SIAP! haa nampak tak..senang sungguh.

Oh yaa...CA tak buat kuah merah sbb CA lupa yang cili kering tak ada..da habess..lupa nak beli..so utk pedas, CA amik cili api 2 ketul tumbuk2 sampai lumat dan masukkan ke dalam kuah hitam td..kemudian tabur kacang tumbuk..SIAP! nyummmmmmmmmmmmmmmmmm.........


Selamat mencuba :) 

No comments:

Post a Comment